Rabu, 14 November 2012

Manusia berkumuh dan bernyahtinja

a)  Manusia berkumuh dan bernyahtinja untuk 
     menyingkirkan bahan buangan daripada badan mereka. 


b)  Melalui proses perkumuhan, manusia mengeluarkan air 
     kencing, peluh dan karbon dioksida. 


c) Tinja merupakan bahan makanan yang tidak dapat dicernakan. Manusia bernyahtinja untuk mengetuarkan tinja daripada badan.

 
Nota Sains-Peta Minda

Menganalisis proses hidup yang dialami oleh manusia

Manusia bernafas
a)  Organ pernafasan manusia ialah peparu.
b)  Manusia menyedut oksigen dari udara semasa menarik nafas.
c)  Oksigen akan masuk melalui hidung atau mulut ke saluran udara 
     dan memasuki peparu. Karbon dioksida akan keluar daripada 
     peparu semasa menghembus nafas.
d)  Setiap manusia mempunyai kadar pernafasan yang berbeza.



 



                                           Sistem Pernafasan Manusia