Sabtu, 1 Disember 2012

Soalan Pra-UPSR Set B

Saya sediakan set soalan yang kedua, cubalah!

6    Rajah di bawah menunjukkan seorang murid menghembus udara ke dalam sebuah tabung uji yang berisi air kapur.


      Air kapur menjadi keruh disebabkan
      A    Udara yang dihembus hangat
      B    Udara yang dihembus mengandungi oksigen
      C   Udara yang dihembus mengandungi karbon dioksida
      D   Udara yang dihembus mengandungi wap air

7    Berikut yang mana betul tentang hasil perkumuhan dan hasil penyahtinjaan yang disingkirkan oleh badan manusia?

Hasil Perkumuhan
Hasil Penyahtinjaan
A
Peluh
Najis, air kencing
B
Peluh, air kencing
Najis
C
Najis, air kencing
Peluh
D
Najis
Peluh, air kencing


8    Apakah akan terjadi jika kita tidak berkumuh dan menyahtinja?
      I     Kita akan menjadi lebih tinggi dan gemuk
      II    Badan kita akan beracun
      III    Kita akan sakit dan mungkin mati
      A    I dan II
      B    I dan III
      C   II dan III
      D   I, II dan III

9    Antara yang berikut, yang manakah adalah contoh rangsangan?
      A    Berlari, bercakap, ketawa
      B    Membaca, berfikir, melukis
      C   Cahaya, bunyi, bau
      D   Rasa masam, senyum, menjerit

10  Antara pernyataan-pernyataan mengenai manusia bertindakbalas terhadap rangsangan, yang manakah adalah benar?
      A    Yusof jatuh daripada tangga
      B    Ahmad suka makan air krim
      C   Sharifah menarik tangannya daripada cerek panas
      D   Ah Ming mengunggang basikalnya dengan berhati-hati ke sekolah   

2    Gambar di bawah menunjukkan Siti dan kawan-kawannya meletakkan dua tumbuhan J dan K di bawah sinaran cahaya matahari.

 


                 Tumbuhan J disiram air setiap hari.
              Tumbuhan K tidak disiram air.

a)   Apakah tujuan penyiasatan?
      _____________________________________________________________________

b)   Apakah pemerhatian yang didapati selepas tiga hari?
      i)    Tumbuhan J : ____________________________________________________
      ii)    Tumbuhan K : ____________________________________________________

c)   Nyatakan apa yang ditetapkan dalam penyiasatan tersebut.
      _____________________________________________________________________

d)   Apakah kesimpulan yang boleh dibuat mengenai penyiasatan tersebut?
      _____________________________________________________________________
  Sekarang, marilah kita rehat sebentar dan tontoni video Upin & Ipin !

5 ulasan:

  1. video yang menarik minat murid. Thanks for sharing.

    BalasPadam
  2. Cikgu Lee, saya hendak cuba menjawab soalan-soalan bagi Pra-UPSR Set B.
    Jawapan saya ialah 6c, 7B, 8C, 9C, 10C
    2a) Untuk mengkaji hubungan antara kehadiran air dan keadaan tumbuhan selepas tiga hari
    2b)i hidup dengan suburnya
    2b)ii layu
    2c) Kehadiran cahaya matahari
    2d) Tumbuhan memerlukan air, cahaya matahari dan udara untuk hidup.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeen Wei memang ialah seorang murid yang pandai, semua jawapan anda betul, syabas!

      Padam
  3. Soalan yang baik dan video yang menarik untuk murid Tahun 6.

    BalasPadam