1 Berikut yang mana betul tentang perbandingan antara udara disedut dan udara dihembus?
Udara disedut
|
Udara dihembus
| |
A
|
Udara biasa
|
Lebih karbon dioksida, kurang oksigen, lebih wap air
|
B
|
Udara biasa
|
Kurang karbon dioksida, lebih oksigen, lebih wap air
|
C
|
Udara biasa
|
Kurang karbon dioksida, Lebih oksigen, kurang wap air
|
D
|
Udara biasa
|
Kurang karbon dioksida, kurang oksigen, kurang wap air
|
2 Apakah kadar pernafasan?
A Jumlah kandungan udara yang disedut ke dalam peparu dalam seminit
B Jumlah kandungan karbon dioksida yang dihembus keluar dalam seminit
C Jumlah kandungan oksigen yang digunakan oleh peparu dalam seminit
D Jumlah pergerakan peparu dalam masa seminit
3 Antara pernyataan-pernyataan mengenai penarikan nafas yang berikut, yang manakah adalah tidak benar?
A Apabila kita menarik nafas, dada kita akan bergerak ke atas.
B Apabila kita menarik nafas, kita menyedut udara.
C Apabila kita menarik nafas, dada kita bergerak ke bawah.
D Udara sedutan mengandungi lebih banyak oksigen daripada udara hembusan.
4 Antara gas-gas yang berikut, yang manakah dihembus keluar apabila manusia bernafas?
A Karbon dioksida
B Hidrogen
C Oksigen
D Nitrogen
5 Apakah gas yang disedut ketika proses pernafasan manusia?
A Hidrogen
B Oksigen
C Karbon dioksida
D Air
1 Sekumpulan murid menjalankan satu penyiasatan dengan dua akuarium seperti yang ditunjukkan di gambar di bawah.
a) Ramalkan apa akan terjadi selepas lima hari
i) Ikan di akuarium U : _________________________________________________
ii) Ikan di akuarium V : _________________________________________________
b) Berikan satu inferens untuk
i) Ikan di akuarium U : _________________________________________________
ii) Ikan di akuarium V : _________________________________________________
c) Apakah kesimpulan yang boleh dibuat mengenai penyiasatan tersebut?
_________________________________________________________________
Selepas cuba menjawab soalan-soalan tersebut, marilah kita rehat sebentar dan tonton video yang disediakan.
Cikgu, jawapan saya untuk soalan-soalan tersebut ialah 1A 2D 3C 4A 5B
BalasPadam1ai) ikan itu masih hidup
1aii) ikan itu telah mati
bi) ikan mendapat udara untuk bernafas
bii) ikan tidak mendapat udara
c) ikan memerlukan udara untuk bernafas supaya boleh terus hidup.
Syabas, Alvin! Semua jawapan anda betul!
Padam