Sabtu, 1 Disember 2012

Soalan Pra-UPSR Set B

Saya sediakan set soalan yang kedua, cubalah!

6    Rajah di bawah menunjukkan seorang murid menghembus udara ke dalam sebuah tabung uji yang berisi air kapur.


      Air kapur menjadi keruh disebabkan
      A    Udara yang dihembus hangat
      B    Udara yang dihembus mengandungi oksigen
      C   Udara yang dihembus mengandungi karbon dioksida
      D   Udara yang dihembus mengandungi wap air

7    Berikut yang mana betul tentang hasil perkumuhan dan hasil penyahtinjaan yang disingkirkan oleh badan manusia?

Hasil Perkumuhan
Hasil Penyahtinjaan
A
Peluh
Najis, air kencing
B
Peluh, air kencing
Najis
C
Najis, air kencing
Peluh
D
Najis
Peluh, air kencing


8    Apakah akan terjadi jika kita tidak berkumuh dan menyahtinja?
      I     Kita akan menjadi lebih tinggi dan gemuk
      II    Badan kita akan beracun
      III    Kita akan sakit dan mungkin mati
      A    I dan II
      B    I dan III
      C   II dan III
      D   I, II dan III

9    Antara yang berikut, yang manakah adalah contoh rangsangan?
      A    Berlari, bercakap, ketawa
      B    Membaca, berfikir, melukis
      C   Cahaya, bunyi, bau
      D   Rasa masam, senyum, menjerit

10  Antara pernyataan-pernyataan mengenai manusia bertindakbalas terhadap rangsangan, yang manakah adalah benar?
      A    Yusof jatuh daripada tangga
      B    Ahmad suka makan air krim
      C   Sharifah menarik tangannya daripada cerek panas
      D   Ah Ming mengunggang basikalnya dengan berhati-hati ke sekolah   

2    Gambar di bawah menunjukkan Siti dan kawan-kawannya meletakkan dua tumbuhan J dan K di bawah sinaran cahaya matahari.

 


                 Tumbuhan J disiram air setiap hari.
              Tumbuhan K tidak disiram air.

a)   Apakah tujuan penyiasatan?
      _____________________________________________________________________

b)   Apakah pemerhatian yang didapati selepas tiga hari?
      i)    Tumbuhan J : ____________________________________________________
      ii)    Tumbuhan K : ____________________________________________________

c)   Nyatakan apa yang ditetapkan dalam penyiasatan tersebut.
      _____________________________________________________________________

d)   Apakah kesimpulan yang boleh dibuat mengenai penyiasatan tersebut?
      _____________________________________________________________________
  Sekarang, marilah kita rehat sebentar dan tontoni video Upin & Ipin !

Soalan Pra-UPSR Set A

Adik-adik, cubalah jawab soalan-soalan yang disediakan. Saya akan bekalkan jawapan kemudian.

1    Berikut yang mana betul tentang perbandingan antara udara disedut dan udara dihembus?
     

Udara disedut
Udara dihembus
A
Udara biasa
Lebih karbon dioksida, kurang oksigen, lebih wap air
B
Udara biasa
Kurang karbon dioksida, lebih oksigen, lebih wap air
C
Udara biasa
Kurang karbon dioksida, Lebih oksigen, kurang wap air
D
Udara biasa
Kurang karbon dioksida, kurang oksigen, kurang wap air


2    Apakah kadar pernafasan?
      A    Jumlah kandungan udara yang disedut ke dalam peparu dalam seminit
      B    Jumlah kandungan karbon dioksida yang dihembus keluar dalam seminit
      C   Jumlah kandungan oksigen yang digunakan oleh peparu dalam seminit
      D   Jumlah pergerakan peparu dalam masa seminit

3    Antara pernyataan-pernyataan mengenai penarikan nafas yang berikut, yang manakah adalah tidak benar?
A   Apabila kita menarik nafas, dada kita akan bergerak ke atas.
B   Apabila kita menarik nafas, kita menyedut udara.
C   Apabila kita menarik nafas, dada kita bergerak ke bawah.
D   Udara sedutan mengandungi lebih banyak oksigen daripada udara hembusan.

4   Antara gas-gas yang berikut, yang manakah dihembus keluar apabila manusia bernafas?
A   Karbon dioksida
B   Hidrogen
C   Oksigen
D   Nitrogen

5    Apakah gas yang disedut ketika proses pernafasan manusia?
A   Hidrogen
B   Oksigen
C   Karbon dioksida
D   Air

1    Sekumpulan murid menjalankan satu penyiasatan dengan dua akuarium seperti yang ditunjukkan di gambar di bawah.



a)   Ramalkan apa akan terjadi selepas lima hari
i)    Ikan di akuarium U : _________________________________________________
ii)    Ikan di akuarium V : _________________________________________________

b)   Berikan satu inferens untuk
i)    Ikan di akuarium U : _________________________________________________
ii)    Ikan di akuarium V : _________________________________________________

c)   Apakah kesimpulan yang boleh dibuat mengenai penyiasatan tersebut?
      _________________________________________________________________

Selepas cuba menjawab soalan-soalan tersebut, marilah kita rehat sebentar dan tonton video yang disediakan.