Ahad, 25 November 2012

Memahami proses hidup yang dialami oleh tumbuhan

Tumbuhan bergerak balas terhadap rangsangan
Pucuk tumbuhan menghala ke arah cahaya matahari kerana tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk membuat makanan sendiri.


Daun pokok semalu akan menguncup apabila disentuh.








 

Akar tumbuhan bergerak balas terhadap graviti dan air.












Tumbuhan membiak













Sabtu, 24 November 2012

Menganalisis proses hidup yang dialami oleh haiwan

Haiwan berkumuh dan bernyahtinja

Perkumuhan
Haiwan berkumuh dan mengeluarkan air kencing, peluh dan karbon dioksida.

Pernyahtinjaan
Haiwan bernyahtinja bahan makanan yang tidak dapat dihadam di dalam tubuh badan.
Haiwan menyingkirkan bahan buangan dengan cara perkumuhan dan pernyahtinjaan. Haiwan-haiwan menyingkirkan bahan buangan untuk mengekalkan kesihatan.

Haiwan bernafas
















Haiwan membiak








Kitar hidup haiwan










Kitar hidup rama-rama          Kitar hidup katak



Dunia Haiwan

Khamis, 22 November 2012

Tabiat Manusia Yang Buruk


Merokok merosakkan peparu manusia kerana rokok
mengandungi bahan yang berbahaya seperti nikotina, tar,
dan asid. Bahan-bahan ini menjejaskan fungsi peparu dan
mungkin menyebabkan barah peparu.

 




Minum minuman keras menjadikan seseorang kurang sensitif terhadap rangsangan. Sebagai contoh, seorang pemandu  yang  mabuk  mudah menyebabkan kemalangan.






Mengambil dadah boleh melambatkan tindak balas seseorang terhadap rangsangan dan memberi kesan yang buruk kepada hidupan manusia.




Rabu, 14 November 2012

Manusia bergerak balas terhadap rangsangan dan membiak

Manusia bergerak balas terhadap rangsangan


 





Manusia membiak
a)  Manusia membiak dengan cara melahirkan anak.
b)  Manusia membiak untuk memastikan kesinambungan
     generasinya.

Manusia berkumuh dan bernyahtinja

a)  Manusia berkumuh dan bernyahtinja untuk 
     menyingkirkan bahan buangan daripada badan mereka. 


b)  Melalui proses perkumuhan, manusia mengeluarkan air 
     kencing, peluh dan karbon dioksida. 


c) Tinja merupakan bahan makanan yang tidak dapat dicernakan. Manusia bernyahtinja untuk mengetuarkan tinja daripada badan.

 
Nota Sains-Peta Minda

Menganalisis proses hidup yang dialami oleh manusia

Manusia bernafas
a)  Organ pernafasan manusia ialah peparu.
b)  Manusia menyedut oksigen dari udara semasa menarik nafas.
c)  Oksigen akan masuk melalui hidung atau mulut ke saluran udara 
     dan memasuki peparu. Karbon dioksida akan keluar daripada 
     peparu semasa menghembus nafas.
d)  Setiap manusia mempunyai kadar pernafasan yang berbeza.



 



                                           Sistem Pernafasan Manusia